Wednesday, March 28, 2012

TIPU?? MENIPU?? DITIPU?!

no cheating ok.. ALLAH tak suka ye sayang sayang semua :)

korang pernah MENIPU tak??
ker korang pernah DITIPU???
aku yakin semua manusia atas muka bumi nih pernah mengalami benda benda macam nih
# kecuali orang yang tak pernah berkawan dengan orang..kan?

MENIPU???
memang best menipu orang
tak tipu! aku memang pernah menipu #aku mengaku
lagik lagik orang tersebut percaya bulat bulat
lagi laa aku suka bagaikan setan kan!
tapi jangan lah menipu teruk teruk sangat bhai
sampai maruah orang sekeliling kita tercalar??
ya ampun..puaka sangat tu dear :)
TIPU SUNAT takpe kot?????
#tipu sunat ikut situasi? heee prinsip mengarut tuh :P

DITIPU????
ohh yang ini memang sangat puaka!
seyes aku sakit jiwa!
seyes hati aku rasa bagai dihiris hiris!
aku rasa ok kalau ditipu atas niat baik tapi kalau NIAT TAK BAIK??
aku mmg tak boleh terima!
rasa nak lempang2 pun ada!
#banyak pulak tanda seru aku kan
ye memang aku marah! #heh

kesian perempuan kena tipu macam tuh jep ! :(

menipu dalam EXAM??? perkara biasa dalam kalangan pelajar #ayatBMakuokkan..heh :

aduihhhh perempuan ini..aku lak yang panas tengok! #cool cool!

heeee budak kecik pun pandai??? jangan jangan! blaja dulu dikk :P

pic pic kat atas memang mengarut suka suki aku je kan..huuuu
sebenarnya nak story mende nih!
SATU KEJADIAN MENIPU YANG BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA! heeee

aku and the geng terpaksa tipu budak montel sorang nih
macam macam kot tipu
tapi seharian jela, takde lah hari hari kan..huu
tipu cakap nak jumpa member lah #sedangkan nak keluar beli kek!
tipu cakap nak buat keje dgn member lah #sedangkan pergi buat kad bufday utk dia!
tipu cakap ada ular dekat tandas #sedangkan juz nak pancing tok baling tepung jep!
tipu cakap nak berzumba bagai #sedangkan another suprise menanti!
tipu cakap budak2 nih lambat sikit nak berzumba #sedangkan nak lengahkan masa sbb nak siapkan suprise kedua!

memang sakit otak sikit nak buat semua nih
lagi lagi dalam masa yang suntuk kan
tapi takpe kami sangat BAHAGIA k!
sori dak montel kesayangan kami
terpaksa tipu kau AA !
kami bahagia sangat!
hope kau bahagia, terharu semua lahh...huuuu :)

geng MONTEL 4 ever sayang semua :)

our love for u my dear RUHIL :)

kami kami yang sangat LAPAR masa nih ! aummm :P

bufday gurl AA si merah tu yee ... AA tertipu okeh! :P

budak montel sorang nih jadi tumpuan :)

AA n WAN (ketua segala penipuan)...hahahaha

TASHA HUDSON WIF BUFDAY GURL :)

AA wif MIDAD KENTANG :)

slurrrrppppp..ok fine..aku lapaa tengok benda2 ni semula okeh.. #nafsu membuak buak! demm

kami kami yang jahat yang menipu kawan kami..MAAF YE SAYANG! :)
dari kiri: MIDAD KENTANG, WAN CHUMELL, NYSAH NGEHZ and NATASHA AWESOME! :p

hepy befday AA aka ZALEHA!
semoga panjang umur beb!
semoga bahagia dunia and akhirat!
SAYANG KAU SELAMANYA!
SAYANG GENG MONTEL!
muahhhhhh :)

Wednesday, March 14, 2012

wordless WEDNESDAY #6 #tikambelakang

kawan kau tak kan tikam kau semula lah KALAU kau tak menikam dia dulu!

#so,tak payah nak bengang bagai lah kan!huh


janganlah duk MENIKAM kawan kalau tak berani nak hadapi kesan buruknya! #takpayahnakberlagakberanitikamkawan!

jangan duk MENIKAM kalau tak berapa nak berani sangat!
#takberanikawandiamdiamye!

Sunday, March 11, 2012

budak JPA vs budak PTPTN !

muka aku sengih macam bahagia kan?? tak bahagia mana lah! tension dalam kesunyian! hooo

aku faham segala dilemma yang dialami oleh budak budak jpa!
sakitnya jiwa duit tak masuk masuk lagi!
sakitnya hati bila u lain semua dah masuk!
sabar ye semua, walaupun aku tak tahan sabar sebenarnya! heeee
nak buat macam mana kan?
redha jelah! :P

sungguh! tak tipu! budak JPA agak terseksa jiwa raga sekarang nih!
lain lah kalau anak orang kaya, anak dato datin kan, memang bahagia je lah kan!huu

kehidupan budak JPA masa saat2 genting sekarang..wuuu wuuu..HARU BIRU der :P

1. MANGGI JADI SAHABAT KARIB SEHIDUP SEMATI #terimakasih
ye sahabat karib aku lahh! orang lain aku tak tahu..huuu
#terima kasih kerana mengisi perut aku!heee
#tanpamu di sisi, kemana entah aku pergi kan..hahaha
#tapi jangan makan banyak ye kawan kawan #bahaya untuk kesihatan! wink :P
#nasihat orang tapi aku semacam jep baham kan..kihkih

2. NAK MERONGGENG FIKIR SERIBU KALI JE..BUKAN SEJUTA K :p

HOOO..serius! memang pikir seribu kali! siap kira dgn jari dok pikir sampai seribu kali! heh...yela, kang meronggeng tak tentu hala, duit pun banyak habis, mati kering aku kat kolej...hooo

NAMUN, sesungguhnya aku gila movie...mulut je cakap tak nak layan, duit takde lah, apa lah, tapi nak jugak tengok movie kadang kadang kan!heeee #boleh release tension kan ! (alasan) #sedangkan mana ada ketensionan sangat awal awal sem neyh! hohoho :P

3. SHOPPING ITU WAJIB #semput semput pun semacam jep :P

bahagia weh shopping! betul! tak tipu!heh
#masa tengah shoping, hilang dok fikir pasal duit tak masuk lagi...heh
#tapi masa kat bilik sorang2, baru teringat duit dah makin sikit..hahahah #nasib2
#nafsu untuk shoping memang aku tak boleh nak tahan doe.. (nama pun perempuan kan!hu)
#pergi sini nampak handbag chantek, pergi sana nampak tudung chantek (tu yang malas ronggeng tuh, adoyy! )


3. MASA UNTUK BERDIET DENGAN BERKESAN! #terpaksa!kahkah :P

ye..masa ini paling sesuai untuk melaksanakan DIET yang tak pernah korang betul betul kan? hehe...bila duit tengah semput confirm tak beli makanan kan? confirm tak nak pun fikir pasal LAPAR! dengan automatiknya DIET BERJALAN! hahahahaah
#baik layan facebook 24 jam dari fikir pasal makan! huuu
#tapi jangan tak makan langsung pulak kan? makan sekali sehari pun cukup dah..haha #sadis!

4. JADI WANITA SOLEHAH BUAT SEKETIKA! WHOAAA :P

solehah lah sangat! hahaah (geli hati aku)
disebabkan duit tak berapa nak wujud, jadi aku akan banyak terperap dalam bilik
#kira solehah la tuh kan? dari aku ronggeng sana sini! huuu
#bila nama pun terperap, tidur jela kejenye...macam sleeping beauty kat atas nih!hahah PUIHH:P

5. KEBULURAN KEMAKANAN KESEDAPAN KESANGATAN!
#sila paham sendiri

paham paham sendiri bahasa sanskrit di atas ye! :P
aku tengok gambar MCD pun aku dah lapar balek!
aduyai!
nak MCD! sobs
#hari tu makan mcd pun adeq belanja! adeq pulak belanja kakak kan? untunglahhh :)
#dan hari hari aku menahan rasa nak makan MCD!
#cepatlah JPA! huuu

6. TAHAN NAFSU! TENGOK JE BUDAK PTPTN BERSHOPING! #demmmm :P

ok..sila percaya mata and lidah aku begini bila tengok dorang bershoping sakan! huh
#bilakah saat itu akan tiba untuk budak budak macam aku nih?
#huaaaa..merana taw tak! :P
#sila tengok pic kami yang bershoping sakan! dorang je! aku tak! #sobs :(

tempat shoping mereka #econsave #aku tetap tersenyum macam biasa #cool je budak jpa sorang neh! hohohohoho :P

nampak tak troli penuh dengan segala muatan tuh? barang dorang sahaja ok! #huks

lagi lagi muka bahagia! aku pun shopinggg jugak.. #shoping maggi! hahahah..opss

bergambar je lebih, barang barang tak masukkan lagi dlm keta... #adehhhh =='

haaa susun lah korang barang barang tuh..pandai2 korang lah #aku tak reti! heh :P

rajin pulak si tasha nak buang segala debu dekat kereta aku kan? #danggg!

mak aihhh..banyak gila air mineral dorang shopingg kan?? #milik aku takde kat situ ok!hmmmm

muka bahagia MIDAD bershopingg barang barang masakan #untunglah! :P

muka muka bahagia lepas shopping sakan! weeeee #bahagia bagi pihak dorang! #snap masa traffic light benti kot time nih..hahah..gila! :P

#nway, bahagia teman korang shopping! :)

HAAA..NAMPAK TAK KERESAHAN KEGELISAHAN AKU?
aku je budak jpa yang macam tuh kot! HAHAHAH
takpe lah!
aku redha...wink
JPA , tolonglah masuk duet kami cepat sikit!
dengar cerita rabu ni? betul ke?
sama sama kita nantikan~~~~~

Friday, March 9, 2012

keAJAIBAN di pusara BONDA

(sekadar gambar hiasan)

seorang insan yang bernama IBU
ibu yang dirawat di rumah sakit
hanya terlantar setelah sekian lama
akibat penyakit tiga serangkai
kencing manis, buah pinggang serta jantung

biarpun si ibu hanya terlantar
dia sentiasa berada di bawah pengawasan doktor
sentiasa ANAK ANAK menemaninya
sangat KAGUM dengan anak anak ini
tidak berasa malu mahupun segan
dalam menguruskan ibu mereka
dari memandikannya sehingga lah membersihkan najisnya ~

harapan anak anak sangat tinggi
ingin ibu yang dicintai sembuh sedia kala
ingin menatap ibu mereka selamanya
ingin menjaga ibu mereka selamanya ~

wajah ibu semakin hari
semakin cantik
semakin bersih
semakin berseri
tidak ubah seperti anak peranakan
ianya hasil jagaan ANAK ANAK
ditambah pula dengan aurat ibu yang sentiasa dijaga
walaupun dalam keadaan sakit~

namun
segalanya telah tersurat
si ibu terpaksa meninggalkan ANAK ANAK
sebak ! sedih! pilu!
anak anak gagahkan diri menghadiri pengebumian ibu mereka~

anak anak terkedu
segalanya keajaiban dari ALLAH TAALA!
lubang kubur tidak sedikitpun dimasuki air
sedangkan hujan lebat mencurah curah
tanih seakan kering
malah bercahaya dan kemerahan~
liang lahad yang mengikut ukuran si arwah
namun ukuran berlebihan lebihan!
setelah arwah menyentuh bumi~

anak anak hanya berpandangan
anak anak hanya mensyukuri
segala yang berlaku
semuanya gambaran awal dari ALLAH
sebagai makhluk yang mendapat perhatian
makhluk yang mendapat perlindungan :)



#dipetikdari1ookisahkehidupan :)

Thursday, March 8, 2012

mulut PUAKA! orang lain BINASA!


aku tak tahu sepatutnya entry nih entry sedih or entry lepaskan geram
memang sedih and memang sangat geram!
sepuaka puaka mulut aku, aku tak kacau orang lain lah! aku tak kacau sahabat sendiri!
aku kacau GENG NGEHZ je! and dorang pun saling berpuaka dengan aku so tak kesah lah kan! kau kawan dengan orang yang baik baik , so berkawanlah dengan cara baik weh!
ini tak kawan yang baik baik tu lah kau pijak sampai lumat!
kawan jenis apa kau nih? ke memang kau jahat dari dulu and bertopengkan muka suci dari muka aku tuh haa?

sejahat jahat aku
aku takde lah jahat sangat! (ayat tunggang langgang, maaf)
aku memang pantang sangat dgn manusia yg carik pasal dgn manusia!

aku benci budak muka suci yang suka memutarbelitkan cerita!
aku benci budak muka suci yang suka bawak mulut, jaja cerita sini sana!
aku benci budak muka suci yang suka burukkan kawan sendiri!
aku benci budak muka suci yang suka fitnah orang sini sana!

kau tak takut dosa ker duk fitnah orang??
kau tak takut orang pulaukan kau?
kau rasa kau boleh bahagia buat orang orang sekeliling teraniaya macam nih??
kau rasa kau hebat dapat jaja cerita bukan bukan ?

serius aku pelik manusia macam kau
pelik manusia macam kau boleh masuk u and berperangai macam budak2 lagi
aku pun tak matang lagi tapi tak kuasa aku nak bercerita pasal orang 24 jam! #buang masa!
sampai sekarang aku tak paham apa motif kau

and yang aku tengah pening macam mana nak buat mulut puaka macam kau agar tak terlalu puaka!
sebab amat susahkan semua orang yang ada kat sekeliling kau
kami rasa sadis ok! sampai hati kau kan!
aku bukan ustazah, so memang aku tak reti nak tarbiyah manusia macam kau agar jadi lebih baik...maaf!
hope kau sedar dari lamunan jahat kau tuh!

BERKAWAN BIARLAH IKHLAS!
JANGAN MAIN TIKAM TIKAM BELAKANG!
SAKIT HATI DAN PERASAAN NIH..serius :(

Wednesday, March 7, 2012

wordlESS wednEsday #5

#aku cuba nasib send tweet kat johan aka BOTAK kesayangan ?
HANISAH HAMIDON : JOHAN AS'ARI selamat tengahari! dah makan ke belum neyh? :)


JOHAN AS'ARI : hampir hampir nak makan.hehe.....
#dye reply for the first time ok! bukan senang dye nak reply tweet fans dye yg berlambak tuh! kau hadooo?ahaha :P

#serius saat tu wa rasa nak pengsan der! heeeee..luv u so much laa botak :)

Tuesday, March 6, 2012

kawan MAKAN kawan !

kawan MAKAN kawan umpama MANUSIA MAKAN MANUSIA #sangatteruk!

kita semua sebagai seorang KAWAN
kita semua ada KAWAN
tak kisah la ada sorang kawan ke, ada seribu kawan ke kan?
dalam hidup kita nih semuanya harus dijaga
semuanya harus disayangi
hubungan dengan ALLAH SWT
hubungan dengan FAMILY :)
and termasuklah jugak hubungan dengan insan yang bernama KAWAN atau SAHABAT!

TAPI kenapa mesti ada cerita sedih?cerita berunsurkan kejahatan?
cerita kawan MAKAN kawan!
cerita TIKAM dari belakang lahh!
cerita DENGKI kawan baik sendiri!

kalau masa sekolah sekolah dulu
aku boleh terima lah benda benda macam nih
otak masa tuh tak boleh berfikir waras sangat kan
ni dah besar der! dah masuk u dah pun!
agaknya otak tak bape nak matang lagi kot!

tak payah nak makan KAWAN sangat lah kan?
baik makan terus je daging MANUSIA tuh! #emo

# aku pelik sangat bab2 kawan yang suka MENJAJA KEBURUKAN KAWAN SENDIRI, kawan baik sendiri pulak tuh? ya ampun..perlu ke nak cerita satu dunia keburukan kawan baik anda sendiri??perlu ke? aku boleh terima kalau cerita kat seorang kawan je (maybe nak hilangkan tension) tapi kalau nak kecoh satu dunia...untuk apa sayang oiii??? #nak buat semua orang bencikan kawan baik kau ker? #tolonglahjagatepikainkausendirijek!

# kalau kita sayang kawan baik kita, kita tak sepatutnya mengaibkan dia kat semua orang! aku rasa tak perlu kot....segala keburukan dia better simpan dalam hati...kita sayang kawan kita kan? baik nasihat dia kalau betul dia salah.. #aku pun tak kuat nak nasihat kawan sendiri #tapi benda nih boleh cuba slow2 kan :)

# aku taw, kadang kadang ada seorang kawan cemburu dengan kawan baik dia yang perfect di mata orang sedangkan dia tahu segala keburukan kawan baik dia tuh...come on lahh! tak yah nak jeles sangat k! kau lagi berperangai buruk dari kawan baik kau sendiri if jaja cerita buruk dia! #rasanaklempangbudakcamnih

# kan lagi bagus, kau doakan dia menjadi manusia yang lebih baik..dari kau bawak cerita bukan bukan ! cuba jadi kawan yang baik! cuba! tak salah dear :) #akupunsedangcuba :)

haiwan pun saling menyayangi..apatah lagi kita sebagai manusia #takmaluker?

bukan senang nak jadi camni #akutahu

sahabat susah senang #akubahagiabilakorangbahagia :)

bersahabat memang indah #kalaukitamenjaganyadenganbaik #percayalah :)

sedih baca ayat nih #tetiberindugeng! sobs

aku sayang cosmate aku #eventakpernahluahkan #heh :)

geng NGEHZ! lagilah aku sayang #rindu korang semua #kawan sampai akhir hayat ye :)

aku tahu aku pun bukan kawan yang SEMPURNA
apa pun sama sama lah kita ke arah itu :)
chayok2 semua!
jangan kawan MAKAN kawan
ALLAH marah! :P

daaaaaa abes ngarut :)

Sunday, March 4, 2012

ENJOY itu bahagia!

cosmate cosmate aku yang comel2 and kacak2 belaka..wink :)

ENJOY ITU BAHAGIA!
sudah tentu lah kan! tersangat bahagia ok
ada ke yang tak bahagia??
maybe ada, kalau tiba2 time tuh sakit kan, heh
tapi kalau enjoy dgn member or family
memang best gila lah! :)

ok ok
kami kami nih ada lah kerja sikit sebenarnya (tak perlu kot nak explain)
sambil2 buat kerja (kunun kunun)
sambil2 tuh enjoy lah kan (tapi rasanya enjoy yg lebih! )heee
first time kot keluar ngn satu course camni!
bese kuar ngn gegurl2 jep
ni termasuk jantina lagi satu sekali! heh:P
so layan jela pic kami kami ye! :)


haaa cuba teka kat mana? ada pokok pokok bagai kan...as a geographer mmg wajib lah suka tempat hijau hijau camni kan! heh

ini dekat first destinasi kami...SUNGAI CONGKAK! heh.... kenapa perempuan2 yg sibuk bergambar??mana laki? #sebablakitaknakmasuk #malasbayar! #HAHAAHAH...tapi takpelah nak masuk kejap je sebenarnya, membazir duet lak kan...huhuhu

baru aku sedar ramai gak gurl kelas aku neyh..heh... #yangpentingsemuagilagambarmacamaku! hihihihi :P

lepas pergi sungai CONGKAK jap, kami terus pergi ke SUNGAI GABAI lak! yeay! #taksabarnakmandi #taksabarnakmakan! #dasarbudakgemuk! abaikan~~

wooo wooo...sg GABAI best dari sg TEKALA ( bagi aku lah) #sebab ada GELONGSOR gini! #macam waterpark lah pulak! heh
#nampak tak muka kawan kawan aku yg macam tengah seram sgt tuh kununnya?
#siap tutup telinge..menjerit plus meroyan kejap takyah cerita lah kan...confirm! huks

gelongsor gaya keretapi dari budak lelaki GEOGRAFI! #terbaek! #foreigner kat belakang pun terkekek tengok kami! hee

dah penat penat mandi bergelongsor bagai, semua lepak2 main air sambil makan jajan #(pink itu sgt jambu ok...opssss)

gaya gelongsor BERTAPA atas air! #cool beb :)

muka budak budak tak mandi...busuk!heh #jelestengokmukadorangbersinar #demm! :P

pancutan air terjun memang menyegarkan! #weeeee

turun gelongsor gaya paling happening ! #nakbergambarjenih! kakakkaa #mukapalingbahagiatuh :P

gaya gelongsor berduet! hahaha...aku belakang syida sebab takut gerun bagai tengok gelongsor neyh #poyo #mujur ada syida nak protect aku even badan dia kecik dari aku...haha

amani and kak sue! #cute sangat ok :)

lepas mandi mandi
makan makan semua
lepak lepak sampai puas
sepatutnya terus balek ukm mengabdikan diri
TAPI ada lah makhluk ALLAH nak belanja kami kami semua nih
wahhh bahagia nya! ( bagi budak JPA yang ketagihan duit sekarang nih)
thanks a lot KEROL! next tme belanja lagik ye! kihkih

yeay! kerol belanja semua orang cendol and ABC #whoaaa sedapnya #best makan masa panas terik kan! weeee #adehh terliur lak aku nih bila teringat balek :(

after lepaking minum cendol ABC bagai....kunun kunun nak balek UKM, alih2 pergi lak lepak ALAMANDA (tempat biasa budak UKM lepak)....cuba bayangkan satu kelas anda pergi???? haaa tak ker macam rombongan sekolah menengah tuh! hahhahaha #tapi takpe bukan selalu satu kelas lepak dlm satu mall kan? #rombongan pun rombongan lah! heh


agak agak apa budak ini tengok??? #yang otak kotor confirm fikir kotor #yang otak suci confirm fikir baek punya! #heh

gurl gurl yang gila gambar! wink #sukapicneyh! :P

lagik lagik bergambar tanpa mengenal erti penat bangun seawal 7 pagi tadi! heh
#aku la bangun kul 7 , org laen xtaw lah..hee

sakan bershoping buku masing masing #gunabaucerbolehlahkan! :P

aku memang suka bergambar tegak tegak camtuh! #sejakbilaentah #dem

haaaa amek kau satu kelas lepak alamanda #rombongansekolahrendah

lepas lepak ALAMANDA
confirm confirm lah lapar kan
lepak pulak makan kat restoran apa ntah
lupa lak
huhuhuhuhu
lepas abes makan
pergi balek lah kan!heh
terus pengsan sampai UKM!
whoaaaaaaaaaa #seronok! #letih! #tapinaklagi! heh :P

k lah chow dulu...ngantuk pulak lepas makan nasi beriani gam! slurppp :P