Sunday, December 11, 2011

fieldwOrk mElaka kAli kedua :)

gambar di depan tempat kami menginap.sekian..credit to DIAN budak cun :)

hai korang :) aku memang sangat sibuk tok mengupdate blog, ini pun curi2 masa terluang...aku tak tipu, aku memang sangat sibuk sekarang, menyiapkan assignment yang sangat bertimbun! oh my rasa nak PENGSAN bila fikir tahu tak! memang ini la bala bila simpan assignment2 sampai akhir sem, dengan exam yang dah nak menjengah..WAA sangat SCARY ok :(

ok takpe takpe, kita teruskan cerita bosan ini...

hari indah itu
memang aku tak lupa
awal awal lagi dah bangun
pukul 6
kira awal lah tu kan
campak campak baju ke bagasi
siap siap je
terus pergi ke tempat semua berkumpul
berkumpul pukul 7 katanya
sukanya aku kena kumpul awal awal
tangan di bahu mata masih pejam
aku tak puas tido lah!

eh orang itu!
aku cam muka dia
pemandu bas!
yang pernah bawak kami dulu
aku dan syida tersengih
boleh layan DANGDUT lagi!
weeee
dia pasang lagu tu
masa kami dah penat buat kerja
hilang penat
huuu
dia sangat memahami
kan syida kan :)


ini dekat kolam kecil sebelah pelamin.sebelah pelamin tu taw.first time aku tengok siap berkolam2 bagai..sangat cun!

ni kami ramai ramai depan pelamin.kelakar masa nih.pelik tak tengok sorang budak tuh gelak2? aku sendiri pun nak tergelak masa tu.SEBAB dia dah buat gaya lompat tok snap masuk dalam pic tapi photographer kami tak sempat tangkap pun..HAHA..sian dia, jadi dia sengih di dalam gambar ini :P

ok.abaikan makanan berbungkus bungkus di tangan aku.aku memang suka tapau untuk bawa balik walaupun dah makan di tempat kejadian...budak gemuk memang macam ni...huu

haa yang ni sebelah kanan pelamin, bukan pelamin lagi taw. aku terfikir gak nape sebelah pelamin ini ada kerusi untuk duduk lagi. aku rasa maybe untuk tetamu tak bertauliah macam aku ni boleh bergambar masa wedding berlangsung..maybe la kan..huu

ini baru pelamin dia.wee. SUHA (pengantin perempuan) n NIK (pengantin lelaki) n AKU (pengapit lelaki) HOHO...ini bersanding tipu tipu je ye, jangan marah orang2 tersayang SUHA n NIK..kikiki :P

yesss, dapat juga aku merasa bersanding..HOHO..
sila abaikan selipar flipper aku.sekian.

giliran aku dan syida bersanding. aloooo comey2 gitu muka syida atas pelamin.untungggg laki dia :)

ini laluan pengantin ni.ada gerbang bagai.cantik. jadi model syida kejap :)

credit to PIDA PEDOT :)

jambatan kayu ini cantik. tahu tak kat mana? tak tahu? nanti lah aku cerita..heh



the last one. pic kami kat tempat makan yang sangat CANTIK. gambar dari atas sampai yang ini semua dari tempat makan yang SAMA. ada pelamin.ada kolam kecil. ada gerbang wedding.ada jambatan kayu cantik. ada tempat makan bersila. AWESOME! terima kasih BEN JANI bawak kami datang kedai makan saudara dia :)

view belakang tu tak tipu. memang ada kipas macam tu. kipas kapal selam! pelik kenapa benda alah tu ada kat atas padang pasir? sebab ianya hanya dijadikan pameran saja.kira kapal selam ni dah tak digunakan lagi lah.sekian (kalau nak pergi tengok, pergi lah kat MELAKA ye)


haa engkau..tengok kapal selam tuh..besar gila.panjang gila. terkejot aku tengok.sebab aku ingatkan kapal selam tu kecik je..heee


macam biasa. lepas makan. pantang ada masa lepak sikit. bergambar. mata semua orang macam hantu.siapa suruh pandang tempat lain :P

lepas makan, tiba2 kawan kawan saya mahu jadi MODEL dinding! bagus! sama GAYA dengan gambar orang di belakang ANDA :)

dari kiri, AKU, SYIDA N pida yang tengah buat muka cute tuh :)
fieldwork pertama tak dapat bergambar dgn kapal.ok kali kedua baru sempat!weee

gambar atas tadi sorok badan.nampak kecik. tapi. yang ni tak lah kan. tak dicover apa apa pon. takpe lah janji bergambar :)

datang Melaka memang tipu lah takde beca kan. sebenarnya nak amik gambar diri sendiri.tiba tiba beca lalu depan mata. yeahhh! berjaya snap BECA :)

ini selepas buat kajian.gila penat woo.sampai tak makan.kurus jap!HAHA

muka penat pun masih mampu tersenyum.bagus!

kami ramai ramai dekat kapal selam. dengan panas dan berangin. aku sanggup.walaupun shawl aku dah berserabut ditiup angin.DEMM

tension tension tunggu pakcik bas yang lambat sangat, kami pun snap2 la depan rumah idaman aku nih...perghhh! rumah ni terSANGAT sangat BESAR ok! banyak gila bilik...aku rasa macam boleh main bola dalam rumah tu...seronok! nak main guling2 kat rumah tak habes2 aku rasa sebab luas sangat.... TAPI KAN TAPI KAN..satu benda yang aku excited kat gambar atas nih..sebab lelaki (abdullah) n perempuan sebelah dia (suha) tu bergambar sebelah sebelah...dorang nih macam KEMBAR..serius! kalau senyum nampak gigi, sebijik doe!kagum! boleh jadi adik beradik...HOHO

SUHA kurus , AKU gemuk , DIAN chantek and cisss, syida comel comel je kat belakang tu ye! sorok badan ke yunk...wakaka :P


malam malam cari makan kat DATARAN PAHLAWAN..punya lah banyak kedai makan, last2 pergi kedai makan yang sama masa pergi fieldwork kali pertama dulu...dah la setiap kali datang mesti segerombolan macam nak pergi kenduri kawin...pastu order makanan bukan setakat nak makan situ, siap take away makanan balik rumah lagi...memang DASAR GEMUK kan!huu....untunggglaahhh abg kedai tu dapat untung besar setiap kali kami dtg :)

SEKIAN saja gambar yang ada!
tunggu sem depan pulak berfieldwork ye :)
cau cin cau, sambung buat assignment.erk.gila malas :(

Thursday, December 1, 2011

sEmakin HARI semakin BERUSIA..err


waktu sekarang
sememangnya berlalu pantas
teramat pantas
cuba lihat kalendar
sedar sedar setahun lagi akan berlalu
sepurnama telah meninggalkan kita
dan sedar sedar
kita pun sudah semakin berusia
dan kita memang tidak sedar itu..

suatu KETIKA, jika pergi ke kedai atau pasar menemani ayah atau mak, jurujual akan memanggil kita 'adik' atau 'anak'. Sekilo cuma RM5.00. sedap. manis. haa..anak pak cik ke ni?comelnya! meh sini, dik. maka apabila dipuji comel, sebaik mendapat isyarat dari ibu dan ayah, dengan malu malu kucing menyambut sebiji buah ciku sampel yang dihulurkan oleh penjual itu. Ketika itu, kita masih digelar ADIK atau ANAK lagi.

MUSIM BERLALU..
dari ADIK atau ANAK, gelaran kita dinaikkan pangkat sedikit. kita dipanggil kak long atau bang long..

"ikan segar-segar ni, kak long. baru sampai pagi tadi.hmm, sedaplah lagi dengan panggilan kak long tu, tetapi setelah itu, tiba tiba saja tanpa menyedari musim berlalu, panggilan terhadap kita berubah sekali lagi. kali ini, 'dua kilo baru rm10.murah je MAK CIK!' oh my!confirm rasa nak pengsan bila digelar begitu kan!grr (aku tak penah lagi la kan..hu)

BILA digelar KAK LONG or MAK CIK..
mulalah, bila sampai rumah
perkara pertama kita lakukan, tidak lain tidak bukan
MENILIK wajah sendiri di cermin
"HAI..DAH TUA BENAR KE AKU NI?"
hati mula tertanya tanya
sambil mengira kedutan kedutan di muka
HAAA semalam kalau tak salah ada iklan produk kecantikan
boleh hilangkan BINTIK2 hitam di wajah
boleh jadikan kulit kembali putih berseri laksana BULAN PURNAMA
OUHHH, BERMIMPILAH kita!

apa pun, kembali pada realiti. kita semakin berusia namun kita masih belum berteman dalam erti kata lain belum berlaki...semakin kita berusia, semakin kita menghampiri GELARAN itu! gelaran ANDARTU!opsss....atau ANTERTU ( anak teruna tua) waaa...aku memang takut dengan gelaran itu.....

p/s : jangan sedih sangat kalau masih single. buang segala kerisauan yang mengamit hati. ceriakan hidup. masih banyak kebahagiaan dan perkara diluar sana yang boleh kita lakukan. PERCAYALAH hidup single bukanlah sesuatu yang teruk :)


*coretan yang digarap dari sebuah coretan orang lain :)



BETUL ke LELAKI macam ni??


nak share sikit apa yang lelaki lelaki ini share..biasanya kata2 perempuan sememangnya ada makna tersembunyi yang tersendiri..ni pulak 10 perkara yang diperkatakan oleh LELAKI dan makna tersiratnya :)

1.Kalau lelaki kata: oklah wak, kita sembang lain kali yek
Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.

bagi aku : (entah2 ada awek lain)


2.Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.
Maknanya: memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

bagi aku : (kadang2 tak perli tapi sebenarnya terasa kan?kan kan:P)

3.Kalau lelaki kata: kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
Maknanya: sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.

bagi aku : (kalau tak suka cakap tak suka je lah kan, senang citer )

4.Kalau lelaki kata: eh….u call ekk?sori.ttdo td.
Maknanya: ye,memang kami tdo pon.

bagi aku : (ada juga masa tu, dorang rasa malas nak angkat kan)

5.Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni…nanti i free i call u, kay?
Maknanya: kami ade byk keje yang tertangguh.tolong la pham.jgn la pk -ve sgt.ape pon yg kami buat,utk future.

bagi aku : (kalau asyik cakap macam tu, memang dah tawar hati la tuh)

6.Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya: mmg kami tak memilih pon.kami pilih perempuan yg sedap mate kami memandang je.x semestinye kene lawa.

bagi aku : (maybe betul, kalau memilih, tak kan awal2 lagi dah choose kita kan)

7.Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macamana pun.
Maknanya: jangan la mekap sgt doe.pnat nau tggu.

bagi aku : (memang ada lelaki tak daya nak tunggu awek dia yang bermake up lama-lama, aku sendiri penat tunggu kawan aku yang lama sangat make up,huhu)

8.Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la…ada hal..
Maknanya: memang lepas ni aku nk lg keluar ngan kau.

bagi aku: (boleh dipercayai,hoho)

9.Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni…mcm tu..bla…bla. ..bla..
Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak mrajok.sbb awak somel ble mrajok.kihkihkih

bagi aku : (hurmm yeke? kebanyakan lelaki detail kot)

10.Kalau lelaki kata:u keje kat mana? as what?
Maknanya:mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besau.taste pon besau gak.hantaran besau.demand musti tggi pnye.nk jage standard la kate kan.

bagi aku : (kalau perempuan pun suka tanya pasal keje, untuk masa depan perempuan tu jugak kan, hee )

P/s : punye la senang nak faham ayat LELAKI kan? tapi perempuan memang selalu salah anggap n fikir bukan bukan...huu..TAPI kan, kalau lelaki buaya DARAT memang tak boleh caya lah kan? memang HOT lah bila tahu kebenarannya :)

Wednesday, November 30, 2011

cOret corEt #4

errrr...yeke memang lelaki jugak yang akan mintak maaf ?yeke? yeke? susah aku nak percaya! aku memang tak tahu lah kan sebab takde experience benda benda camni.. aku rasa kalau lelaki tu panas baran jangan harap la dia nak mintak maaf kan?kan kan? and kalau perempuan tu lembut macam perempuan melayu terakhir pun, confirm2 laju je mintak maaf (jenis perempuan macam aku lah tu) HAHAHAHAHA...rasa nak gelak guling2..
TAPI takpelah...UNTUNGLAH dapat lelaki macam nih kan..tak payah susah2 kita nak rasa bersalah bila kita buat salah kan?hoho..WINK ^^

Tuesday, November 29, 2011

cOret corEt #3


sebuah percintaan
tidak mudah
seperti yang kita sangka
bukan berlandaskan
cinta semata mata
yang muncul
dari rasa suka
akan kecantikannya
kesopanannya
kekayaannya
kepandaiannya

tetapi
suatu percintaan
perlu ada
rasa SABAR dan PERCAYA
baru lah rasa CINTA itu
akan KEKAL
hingga ke akhir HAYAT :)

Monday, November 28, 2011

dAting dEngan cOursematE part 1

ada sebab kenapa dibBLURRkan.bukan sebab aku nak interframe ye!kikiki :P

halooo korang korang....ini lah first time kot dating2 dengan coursemate aku..kalau pergi fieldwork tu lain cerita lah kan..ni kami kami pergi dating, enjoy2, lepak2 dengan sendirinya ok :)
walaupun kami sangatlah busy dengan assignment yang berlambak, kami tetap mahu enjoy!yipppii...boleh lah lepas tension jugak kan....wink2...lepas je habes kelas, aku dan coursemate terus blah dari UKM terchenta menuju ke destinasi..WEEEE
DESTINASI kami : SUNGAI TEKALA! like like :P

muka muka yang nampak tuh ITA, SHA dan NOR...budak2 cun nih :)

sungai nih memang BEST...jemputlah datang (tolong promote)heh

nak masuk kena bayar seringgit.sekian (kalau rasa diri tu kanak2 bayar 50 sen) tak payah nak berkira sangat lah kan :P

mandi sampai beku ok! :)

itu dia AMNI SYUHADA mahu memulakan lompatan kijang nya..EH

YESSS..aku dan syida berjaya berpaut pada batang kayu itu! dalam taw kat sini..HAHAHA

NOR dan MUNA yang sememangnya sangat AYU..memang lain lah dengan perangai aku kan!HUHU

NOR,MUNA dan SHA..masa nih semua dah duduk tepi, takut mati kesejukan katanya..HAHA

aku dan SYIDA suka gambar nih...melekat pada batu kononnya:P
gambar nih cantik kalau nampak semua orang.sekian.

SHA budak comel :) dah berpunya ok..weee

sekali lagi gambar blur2 aku bagi korang...wakakakaka..nasib lah kan :P

aku dan syida sekali lagi..abaikan blurr2 di tepi itu.

SUHA budak keding...kah3...bila la aku nak kurus cam dia nih..mustahil gila la kan?:P


kami kami di terjunan air sungai TEKALA...sangat segar ok! rasa nak tido..hoho

SEYESLY, sangat BEST mandi ramai2 macam nih...tak rugi tinggalkan assignment!HAHA (sedangkan satu habuk pun aku tak buat lagi)....berjam2 juga la kami kat sungai nih...macam orang tak mandi setahun dah kami ni, lama sangat mandi..HUHU...nanti SEM depan kita lepak2 lagi ye!ENJOY sangat :)

p/s: kebanyakan gambar diBLURRkan disebabkan ada kawan2 yang tak mahu muka mereka ditayangkan!HAHA, boleh ke tulih camni...hihi...jadi, aku yang memang nak sangat upload pic nih hanya memBLURR n mengCROP muka muka mereka..HARAP jangan terasa ye sayang2 sekalian :)

Sunday, November 27, 2011

pujaan HATI



hai pujaan hati
apa khabarmu
ku harap kau baik baik saja
pujaan hati andai kau tahu
ku sangat mencintai dirimu

hai pujaan hati
setiap malam
aku berdoa kepada sang tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar tenang ku meniti kehidupan

mengapa kau tak membalas cintaku
mengapa kau abaikan rasaku
adakah hati kau membeku
hingga kau tak mempedulikan aku

cubalah fahami keadaanku
dan cubalah fahami keinginanku
ku ingin kau menjadi milikku
lengkapi jalan cerita hidupku
wahai PUJAAN HATI :(