Wednesday, December 28, 2011

wordlEss wEDNESDay # 4



GUDLUCK KEPADA GENG NGEHZ YG MENGHADAPI EXAM EH :)
DAPATKAN DEAN LIST BAGI SAPE2 YG TAK PENAH DAPAT (MACAM CKP KAT DIRI SENDIRI LAK ASE) HUUU
RINDU KORANG SANGAT2 :)
DATING KAT MALL MENTAKAB JUM!
BEST....
WEEEE :p

Monday, December 26, 2011

TIAP2 SEM memang macam ni

kahwin KAHWIN KAHWIN~

apa motif aku letak gambar nih pon aku tak taw..HAHA..ni apek dan kawan baik aku!jeles ok!
♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila ram...but beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
♥♥♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya...♥♥♥

Sunday, December 25, 2011

coursematE suka mengArut :)






kanak kanak course aku memang dilahirkan suka mengarut kat facebook
anda rasa kami tak bagus?
ada aku kesah???
HAHAHAHA
yang pasti
mereka mereka lah yang mewarnai kehidupan aku
yang kadang kadang terasa kosong
terima kasih coursemate ku :)

Saturday, December 24, 2011

dating dengan COURSEMATE part 2 :)

kenapa part 2?sebab ni sambungan dating hok dulu deh...kikiki...teruk betul aku kan..baru ni la nak update nya...masa part 1 dulu aku story kami kami nih pergi dating gi mandi kat sungai tekala..then lepas mandi, mulalah kami lapar dahaga then pergi lah balik bangi makan pulak..dasar budak gemuk belaka!weee :P

makan chicken chop memey sodap!sebab lapar gila kot..wink

lapar pulak bila tengok gambar makanan nih..demmm

SUHA :)

MUNA...ACHEH MARI NIH :)

SUHA DAN AKU...macam kembar lak rasa...suha KURUS and aku GEMUK....hanya saiz membezakan kami...kakakakaa :P

tunggu makanan je memang suka photoshoot :)

makanan still tak sampai lagi, snap pic lagi..hohoho

bila dah makan2 membesarkan perut yang dah memang buncit, tiba tiba kawan2 ajak pergi round2 cuci mata kat PUTRAJAYA..dengan itu, merantau lagi lah kami!weee

jum layan pic2 kami yang tak seberapa nih :)


suka jambatan nih..cun :)

kami budak baik..eh terperasan pulak :P

ok fine..aku takde dalam pic neyh :P

ini lah first time kot dating dengan dorang2 nih..memang syiok!

tiba tiba hati rasa nak ronggeng sangat!tension nak final exam!sob3 :(

nak makan makan plus lepak lepak plus gosip gosip dengan dorang lagi :)

akhir kata, SALAM PENGKAJI ALAM DARI KAMI, KANAK KANAK COURSE GEOGRAFI :)
WEEE~~

sem depan kita jalan jalan lagi ye
rindu!
gudluck exam sayang sayang semua!
pointer dekan k!
aku memang tak lah kan!
assignment pon tak siap lagi!kakakka
serius rasa heaven gila!
puiihhh :(
bubye ~~~

Friday, December 23, 2011


LIKE jika anda pernah buat masa kecik:

1.buka kipas meja..cakap depan kipas..nk dengar suara bertukar
2.naik kereta,tengok bulan n ingat bulan ikut kita
3.naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4.masa sekolah,ada org bagi susu free...lepas ambil sekali..menyamar jd org lain..beratur ambil air lagi.
5.lukis burung guna huruf 'm'

o.O ade ke?
ada ke butang like???CE CARI CE CARI..hahaha :P

Thursday, December 22, 2011

wordlEss WednEsday #3

p/s : serius tension gila bila nak dekat EXAM nih! haru biru rasa :(

Wednesday, December 21, 2011


tiba tiba teringat masa kecik2 dulu..heheheh...

1. masa kecil , lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit
2. masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni--> ♥
3. tutup peti dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati
... 4. cuba 'balance'kan suis lampu antara ON dan OFF
copy pasta dari status fb kawan :)
serius aku tersengih bila baca ayat dia
sebijik macam apa yang aku buat
masa aku kecik2 dulu
lagi lagi yang main lampu peti ais tuh!
HAHAHA
rasa nak gelak guling guling
bila pikir betapa budaknya otak aku masa tuh :)
gudnyte korang :)
aku tak boleh tido lagi
assignment cam haram tak siap2..kikiki..chow :)


Friday, December 16, 2011

PROPAGANDA yang menyedihkan :(




p/s : sebenarnya nak belajar print screen je...kah3 :P

sepi ke RASA ini?

ya..dia sedang menunggu CINTA~

satu hari
kawan aku kenakan aku
memberitahu semua kawan kawan aku
tentang pernikahan aku
tentang aku yang bakal berkahwin
tentang aku menjadi seorang isteri
tentang aku akan mendapat seorang suami

aku tidak kisah bila dikenakan
aku tidak kisah bila dipermainkan
aku tidak kisah bila dianjingkan
aku tidak kisah semua tu
kerana memang aku berhati kering

aku hanya ketawa
aku hanya tersenyum
aku hanya tergelak
aku suka
bila kawan kawan mengusik
bila kawan kawan ucap tahniah
bila kawan kawan mendoakan yang baik baik

namun
tiba tiba aku tersentap
aku terasa sedih
aku terasa sebak
aku terasa sakit
dengan air mata yang jatuh
dengan sendirinya

aku tidak mengerti
aku tidak tahu
kenapa mesti bersedih?
kenapa mesti berduka?
adakah ini bermaksud aku SEPI?
sepi yang teramat sangat?
aku sendiri tidak tahu

mungkin
aku sepi
aku sunyi
dalam menjalani kehidupan ini
tanpa kehadiran seseorang yang bermakna
tanpa kehadiran seseorang yang segalanya bagi aku
aku pasrah!
segalanya adalah ketentuanNYA
aku hanya berserah :)


mungkinkah aku akan sendirian menikmati keindahan?
ianya tidak mustahil~

mungkinkah aku akan berada di meja makan sendirian ?
tanpa sesiapa di sisi~

walaupun aku bersendirian, ada yang masih menemani aku ~


aku hanya mampu MENUNGGU dan MENUNGGU
tanpa rasa jemu
tanpa rasa bosan
tanpa rasa terkilan
tanpa rasa sesal
kerna ini pilihan ku :)

Wednesday, December 14, 2011

wordlEss WednEsdAy #2

aku tak suka game ANGRY BIRD.
game yang budus.
game yang simple.
tak suka!
tapi kawan kawan aku suka
ralit sangat dok main
tak suka tengok!
DEMM
sekian~

Tuesday, December 13, 2011

cOret coret #5


emmm..DUA DUA susah bagi aku..sedihkan jadi DIRI aku?HAHAHAH :p
SINGLE lagi BEST woo!
macam MYVI lagi best!weeee :P

kalau rasa kita dah dapat MR .RIGHT kita
sila jangan sia sia kan ye
jaga elok elok
simpan dalam peti besi
supaya dia tak lari
kakakakaka

HARGAIlah dia sementara dia ada di sisi :)
nanti dia lari
mula lah meracau meroyan bagai
OPSSS :P

JAGA CINTA ANDA BAIK BAIK YE :)

Monday, December 12, 2011

perempuan dengan lelaki lebih kurang sama je :)


50 Fakta Mengenai Lelaki! (dari page fb WUJUD) kongsi2 kan :)

1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebany
akan tekaan mereka seringkali meleset.

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

SEKIAN :)
motif aku post mende ni?
aku pun tak tau
nak memahami hati lelaki mungkin
HAHAHA
wa rasa geli der! :P

OMBAK RINDU memang kelakar.SERIUS :p

muka muka sangkak yang tengok OMBAK RINDU.luqman terpinggir.kikikiki

ok ok.dah lama kami pergi tengok cerita ni.baru sekarang nak update.suka hati aku la kan.huu.

mesti korang pelik kan
sebab apa aku cakap kelakar?
memang kelakar la weyh
bukan aku, AIMI NGEHZ n ZYRA NGEHZ je yang gelak
satu hall gelak
macam tengok filem komedi pun ada
sedangkan tu cerita sedih
aku pelik
sebab semua kata sedih...

aku dan kawan kawan
dengan semangatnya nak tengok
dengan bermind set kan cerita ini memang sedih
siap bawak tisu lagi
bersedia untuk nangis
hahaha ngeng

bila tengok pelakon yang ada
memang mantop
aaron,maya,lisa
perghh
memang meletup lahh
tapi rasa macam ada tak kena
aku rasa lisa patut jadi IZZAH
jadi budak baik budak suci
and maya jadi MILA
budak gedik, artis famous gitu
baru sesuai and tak jadi kelakar
aaron dah ok!duduk diam2
hohoho


ombak rindu :)

part ni pun kelakar.beriye aaron pertikaikan nama kucing tu.nama kucing je pun.pastu pertikaikan baju maya buruk.lawa je aku tengok.heh.last2 sweet2 berdua macam ni.sabar betul maya :)

part ni aku boleh gelak gelak. lisa tengah marah beriye masa ni, dengan speakingnya.dengan hidung kembang kempisnya. kelakar lah!hahah. tak sesuai jadi jahat.suka dia jadi baik :)

part ni pun kelakar.sedangkan lisa tengah sedih gila gila masa ni sebab baru tahu aaron dengan maya. dia menjerit n mengamuk gila masa ni. sumpah kelakar. tak sesuai. yang kertas yang dia pegang tuh gambar2 aaron, dia koyak koyak la sebab geram. pastu dia tengok cincin kahwin kat jari dia, dia tanggal cincin tu, macam nak baling.tapi tak baling.dia sarung balik! mati mati aku ingat dia nak baling!HAHA terover sangat otak aku.

oh my.masa ni memang rasa touching gila.sebab aaron menangis!aku memang tak boleh tengok lelaki nangis..huaaa...

ok.ok. aksi ini memang sangat dinanti nantikan oleh kami..HAHA..gatai!

aaron: kau suka aku sentuh bibir kau?
maya: (diam)
aaron: kau suka aku sentuh macam ni?(bibir je k, bukan tempat lain)
maya: (diam lagi)
aaron : kau suka tak!
maya : (dye angguk kot, aku tak sure,haha)
lalu, terjadilah~~~~tetttt





akhir kata dari kami, cerita ini banyak kelakar ok!
sedih itu ada tapi tak sampai kat aku
kat ZYRA maybe sampai sebab dia tengok dengan balak dia kan
aku nangis jugak, part LISA nangis, pelik kan?
sepatotnya part IZZAH kena madu
tapi seyes aku tak sedih bila maya nangis
aku sedih bila lisa nangis
serius touching!huu
AIMI tak nangis kot, dia asyik mengomel je duk sebelah aku
dia lah asyik cakap kelakar lah, yang buat aku dok gelak
termasuk balik air mata aku.demm.kikiki

apa apa pun
even cerita ni banyak kelakar
or banyak sedih
cerita ni boleh tahan la bestnya
dah dapat kutipan 9 juta pun cerita ni
TAHNIAH!
untungg besar tu!meh la share ngan aku sikit!heee :)

12.12. 2011 =)

happy BIRTHDAY LIENA LYN! sori adiah takde..heheh :P

yippiiii..hari ini hari jadi kawan yang pernah sama kolej dengan aku dulu..tapi sekarang aku dah pindah kolej..sedih~huu...ok ok tak nak cerita sedih, birthday kawan hari ni kan :)
LIENA LYN ni ore klate
umur dah 20 tahun
yeayy! dah tua...kah3 (gelak jahat)
fakulti ekonomi kat UKM
masih SINGLE
sila tackle dia ok! (aku tolong promote kau)HAHA
muka dia cute sangat, GERAM dengan pipi dia!wink
kawan yang suka panggil aku dengan nama NGEHZ
aku tak kesah even rasa kelakar!hee
ok cukup cukup
dah macam cerita biodata pulak kan

oleh itu
hari ini
aku mengFOLLOW mereka
SYIDA, LIENA N YUNI
pergi makan2
kira sambut2 bufday lah kan
kat restoran ANJE (teringat cerita bini2 ku gangster)
walaupun tanpa kek birthday
kami makan.....................

NASI BERIANI GAM JOHOR! sedap..adoi..lapar balik tengok nasi ni.yum2..ramai gila orang kat kedai nih..jemputlah datang ye..tolong promote :)


tiba2 nak selit ayat ni..ayat ni dari hati AKU N LIENA LYN!HAHA..poyo gila
TOPIK BORAK2 TADI: KAHWIN!HAHA
tak nak bermadu
nanti jeles dengan madu
kah3
nak cari laki jugak
kalau takde
suruh mak cari!
hahaha
gatal!

AKU bersama NASI tersayang..HAHAHA


YUNI budak dah kurus..untunglahhhh :)


SYIDA budak dah gemok..opsss..HAHA

mereka ni kawan dah lama dari form 6 lagi (motif nak cerita?) :P

hohoo..tu je nak cerita..wakakaka
cantik tarikh birthday liena lyn kan?
12.12.2011
kalau tarikh kawen lagi chantek kan?
ohohohhooh
sekali lagi nak wish
HAPPY BIRTHDAY LIENA LYN
semoga panjang umur
semoga berbahagia
semoga berjaya dunia akhirat
semoga berjaya mengSLIM kan diri.eh eh..HEHEH
bubye sayang.muahhh :)